Monday, February 28, 2011


                                   Pengenalan
ThumbnailDi Malaysia sistem pendidikan kita masih lagi tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap murid-murid pintar cerdas jika dibandingkan dengan negara barat. Walaupun kita lihat kerajaan dalam pendidikan memberi perhatian kepada murid-murid ini tetapi kurikulum yang dijalankan terhadap murid-murid ini tidak berterusan malahan kalau kita lihat sistem yang dilaksanakan bertahan beberapa tahun sahaja.
Ramai individu yang pintar cerdas tidak ada bezanya dengan orang biasa seperti kita. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna mereka adalah sama dengan semua orang kecuali kecerdasan yang tinggi. Mungkin apa yang membezakan orang biasa dengan mereka yang pintar cerdas bukan kecerdasan semata-mata tetapi kelebihan mereka yang lain. Individu yang pintar cerdas berkongsi keistimewaan tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain. Melalui pemahaman keistimewaan ini,kita memahami individu pintar cerdas. Tingkah laku mereka ini sebenarnya boleh dijelaskan dan difahami.
Melalui Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usaha bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi  impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cergas.
Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali kanak-kanak pintar cergas. Pelajar pintar cergas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi  yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan , suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Baru-baru ini murid pintar diberi perhatian semula melalui Permata Pintar Negara di mana Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi tuan rumah.
Definisi Pintar Cerdas                                                                
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challengers Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan  ingin tahu yang tinggi mengatasi rakan sebaya terhadap persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkan sesuatu di luar jangkaan murid yang sebaya dengannya.
Bagi masyarakat mendefinisikan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa yang boleh memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Bagi pandangan Negara luar   mendefinisikan dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat, pintar cerdas ditujukan kepada kanak-kanak yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang menggagumkan. Aktiviti murid-murid  tidak terdapat di sekolah biasa bertujuan meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Negara Kanada mendefinisikan sebagai satu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengelaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan tahap potensi mereka.
Menurut Kalat (1999), kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktif manakala Thorndike (1931) pula mendefinisikan kecerdasan sebagai daya melakukan tindak balas yang baik daripada sudut kebenaran atau fakta. Dalam konteks pendidikan, pelajar yang mencapai pencapaian yang tinggi dalam peperiksaan dikatakan pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud kebolehan mendapat markah tinggi atau prestasi baik di sekolah.
Program Pintar Cergas Di Malaysia
Golongan pelajar pintar cergas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam system ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi  pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan ini telah dihentikan pada tahun 1970an.
Namun demikian pada awal tahun1980an, satu Simposium Kebangsaan mengenai kanak-kanak pintas cerdas telah diadakan.  Ekoran daripada Simposium tersebut isu-isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Pada tahun 1985, pihak university Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program Baka khusus untuk pelajar pintar cergas. Manakala Persatuan Kanak-kanak bergeliga Malaysia  telah ditubuhkan pada tahun 1987. Seminar Pendidikan pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990,di fakulti Pendidikan Universiti Malaysia. Hasilnya didapati bahawa perancangan dan perlaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas dan berbakat. Ekoran dari itu, pada  tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenalpasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar tahun 3 sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan tahun 4. Penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun sahaja.
Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas
Mula tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum pelajar biasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang diminati pelajar. Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori pelajar pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalam kategori lemah.
Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar yang lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Kesannya kedua-dua pelajar ini akan berasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar atau pemulihan kepada pelajar lemah.
Pengajaran Kanak-kanak Pintar
Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu pertama menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan member tugasan yang mencabar , yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau disiplin teras, mengenal pasti  satu atau lebih generalisasi  yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang sewajarnya.
Keperluan yang ketiga ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Kanak-kanak pintar cerdas ini memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan, pengelompokan, koperatif dan pecutan atau lebih kehadapan berbanding pelajar biasa.
Guru kelas perlu mengetahui apakah keupayaaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti.